suria

Padah Uji Kesetiaan Sahabat

RANCANGAN seorang gadis yang mahu menguji kesetiaan rakan baiknya berakhir dengan adegan tak diingini.

Kelsey mahu memastikan sahabatnya, Britney tidak akan cuba menggoda teman lelakinya setelah merasakan dia adalah seorang yang 'tidak boleh dipercayai' kerana kesemua lelaki yang dikenalinya sudah berpunya.

Jadi dia meminta teman lelakinya untuk bertemu dengan rakannya itu di sebuah kafe.

Mereka mula berbual tentang ulang tahun Britney dan tidak lama kemudian lelaki itu mula menggodanya.

Dia mengajak Britney keluar berdua untuk menikmati masa yang lebih baik, sebelum berjanji akan menunjukkan 'kelelakiannya' sebagai kejutan hari jadi.

Lelaki itu kemudian cuba mengusap kakinya.

"Jika saya berpisah dengannya sekarang, adakah anda mahu bersama saya?," tanya lelaki berkenaan.

Kelsey yang sedang menonton rakaman situasi itu dari jauh di skrin kelihatan terkejut dengan soalan itu kerana berfikir teman lelakinya bertindak melampau.

Rakan baiknya kemudian menjawab: "Saya perlu memikirkannya, mungkin."

Tetapi berlaku perkara lebih buruk.

Ketika mahu beredar, lelaki tersebut telah mencium Britney dan gadis itu dengan senang hati membalasnya.

"Ciuman kamu begitu baik," kata Britney.

Kelsey yang sakit hati segera muncul dan memanggil teman lelakinya, tetapi dia enggan memohon maaf.

Ia berakhir dengan kedua-dua mereka yang menjerit dan memaki hamun antara satu sama lain. -dailystarUK

setia, sahabat

Artikel Berikut

Artikel Lain