Bunuh Ibu Kerana Anjing - Dunia | mStar

Bunuh Ibu Kerana Anjing

GARA-GARA tidak dibenarkan memelihara haiwan kesayangannya, seorang remaja tergamak membunuh ibunya  yang sedang tidur di rumah mereka.

Andrew Wilson didakwa atas kesalahan membunuh dan memiliki senjata api kerana menembak mati ibunya, Lisa Marie Wilson yang berusia 51 tahun. 

Remaja berusia 19 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan itu selepas dilarang memelihara anjing yang ditemui di rumah bapanya di Danshville.

Menurut pihak berkuasa, remaja berkenaan menghubungi talian 911 pada keesokan harinya dan melaporkan bahawa dia menemui ibunya yang mati dibunuh.

Siasatan polis bagaimanapun mendedahkan bahawa tiada sesiapa yang berada di lokasi kejadian selain Andrew dan ibunya.

Menurut detektif pegawai daerah Ingham, Charles Buckland, suspek memberitahu pihak berkuasa bahawa dia mengambil senjata dari sebuah almari berkunci pada malam berkenaan.

Senjata .22 Magnum yang dibuang remaja itu bagaimanapun telah dapat ditemui pihak polis.

Wilson dibawa ke mahkamah dan hakim tidak membenarkan sebarang ikat jamin. Perbicaraan semula ditetapkan pada 28 September depan.


Andrew Wilson , Danshville

Artikel Sebelum

'Lelaki Burung' Dari Gujarat

Artikel Berikut

Kes Swafoto Naruto Selesai

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain