suria

Coklat Merah Jambu Bakal Temui Pelanggan

SEJAK Nestle memperkenalkan coklat kira-kira 80 tahun lalu, ia hanya boleh didapati dalam tiga variasi iaitu coklat gelap, susu dan juga putih.

Seiring dengan peredaran zaman serba moden, syarikat pembekal dan pengeluar coklat dan koko terkemuka dunia, Barry Callebaut memperkenalkan coklat berwarna merah jambu.

Syarikat berpangkalan di Zurich itu menghabiskan masa selama 13 tahun untuk menghasilkan coklat tersebut yang dibuat daripada biji koko ruby.

Koko tersebut tumbuh di negara seperti Ecuador, Brazil dan Ivory Coast tetapi Barry Callebaut merupakan syarikat pertama mengubah bahan asas itu menjadi coklat merah jambu melalui proses yang rumit.

Dilancarkan di Shanghai, China pada Selasa lalu, coklat merah jambu itu dilaporkan manis tetapi sedikit masam kerana rasa beri semula jadinya.

Coklat itu sudah dipasarkan di pasar raya utama di China dan Barry Callebaut mendakwa ia mendapat maklum balas positif di kalangan pelanggan.

Namun, syarikat itu perlu menunggu sekurang-kurangnya enam bulan lagi sebelum memperkenalkan coklat terbaharu itu di pasaran dunia.

"Kami tidak menambah bahan perasa dan juga pewarna. Ia datang secara semula jadi dari biji koko tersebut," kata Ketua Inovasi dan Pegawai Kualiti Barry Callebaut kepada Guardian.

coklat merah jambu

Artikel Sebelum

Tutup Taman Tema, Zoo Akibat Irma

Artikel Berikut

Artikel Lain