Remaja Maut Diserang Beruang Ketika Sertai Larian - Dunia | mStar

Remaja Maut Diserang Beruang Ketika Sertai Larian

LOS ANGELES: Seorang remaja berusia 16 maut diserang beruang ketika menyertai acara larian di Alaska pada hujung minggu, walaupun mangsa sempat memberi mesej pada keluarganya sewaktu menghadapi serangan itu, kata pihak berkuasa pada Isnin.

Patrick Cooper dari Anchorage, sedang bertanding dalam acara tahunan larian di kawasan pergunungan pada Ahad ketika dia terserempak dengan seekor beruang.

Dia dikatakan sempat menghantar mesej kepada ahli keluarganya untuk memaklumkan dia dikejar binatang tersebut.

"Ibu dan keluarga mangsa berada di situ kerana mereka mengendalikan acara tersebut,” kata pegawai Jabatan Polis Achorage, Nathan Michell kepada wartawan.

Pengarah pertandingan itu berkata remaja tersebut baru saja mendaki kawasan bukit dan dalam perjalanan turun di kawasan semak tebal sebelum diserang beruang berkenaan.

Beberapa pelari lain dan anggota penyelamat bergegas ke lokasi kejadian tetapi tidak dapat mendekatinya kerana haiwan itu masih berada di kawasan itu.

“Beruang itu kekal di kawasan remaja itu berada,” kata anggota renjer Taman Rimba Chugach, Tom Crockett kepada media tempatan.

Beliau berkata, seorang renjermenembak beruang itu di bahagian muka tetapi haiwan itu berjaya melarikan diri.

Mayat Cooper ditemui kira-kira 450 meter dari kawasan hutan yang tebal.

Insiden terserempak dengan beruang bukan sesuatu yang luar biasa di kawasan itu dan punca yang mendorong serangan itu masih tidak diketahui, Crockett berkata.

“Anak muda itu tidak membuat apa-apa. Dia hanya mangsa keadaan,” ujarnya kepada Alaska Dispatch News.

“Kita tidak dapat menjangka beruang mana yang akan menjadi pemangsa.” - AFP

 

Beruang

Artikel Sebelum

Bayi Dilahirkan 10,000 Meter Di Udara

Artikel Berikut

Rusia Ancam Tembak Jatuh Jet Tempur AS

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain