suria

Yusuf Al-Qaradawi Disyaki Biaya Pengganas

RIYADH: Pemimpin Ikhwanul Muslimin (IM), Yousuf al-Qaradawi disenarai antara individu yang disyaki membiayai organisasi pengganas serta menerima sokongan Qatar.

Ulama ini antara 59 individu dan 12 institusi yang telah dinamakan empat negara Arab.

Antara badan kebajikan yang disyaki dibiayai Qatar pula adalah Qatar Charity and Eid Charity.

Kerajaan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir dan Bahrain dalam kenyataan bersama memberitahu, mereka bersatu dalam komitmen berterusan untuk memerangi dan menghalang sumber pembiayaan keganasan.

Langkah ini, kata empat negara terlibat adalah untuk melindungi masyarakat daripada kesan keganasan.

"Akibat pelanggaran berterusan pihak berkuasa di Doha, keempat-empat negara bersetuju mengklasifikasikan 59 individu dan 12 entiti dalam senarai pengganas yang akan dikemas kini," menurut kenyataan itu.

Susulan itu, Qatar menolak tuduhan ia menyokong keganasan dan menyifatkan senarai hitam empat negara Arab cubaan beri tekanan kepada negara Teluk selepas memutuskan hubungan diplomatik, lapor Arab News.

Yusuf Al-Qaradawi, Qatar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain