suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pencipta Hawaiian Piza Meninggal Dunia

OTTAWA: Imigran Greek yang mencipta Hawaiian piza, salah satu piza yang popular di dunia di restorannya di Kanada lebih 50 tahun lalu telah meninggal dunia.

Sam Panopoulos menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 83 tahun dan baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan bersama isterinya, Christina.

Dia meninggal dunia di sebuah hospital pada Khamis.

Panopoulos yang membuka beberapa restoran bersama adiknya, Elias dan Nikitas mencipta beberapa kejayaan menerusi hidangan Hawaiian piza itu.

Keenakan piza yang dihasilkan sekadar untuk suka-suka itu tersebar dengan cepat di seluruh dunia.

Pada Februari lalu, hidangan itu menjadi bahan kritikan Presiden Iceland, Guoni Johannesson.

Johannesson membantah penggunaan nenas di dalam piza tersebut.

Selepas dikecam ramai, Johannesson akhirnya menjelaskan dia tiada kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang yang melarang penggunaan nenas di dalam sesuatu piza.

Tampil mempertahankan piza ciptaannya itu, Panopoulos memberitahu stesen TV CBC bahawa "ketika saya pertama kali tampil dengan idea itu, ia hanyalah sekadar sekeping roti yang dimasak di dalam ketuhar."

"Tiada siapa menyukainya. Namun selepas itu, mereka menggilainya kerana tiada siapa yang mencampurkan rasa manis dan masam dalam hidangan mereka," katanya.

Hawaiian Piza

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mimpi Ngeri Buat May

Artikel Lain