suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengebom Nekad Mengganas Lagi

HILLA: Seorang pengebom nekad wanita membunuh sekurang-kurangnya 31 orang dan mencederakan 35 lagi di sebuah pasar yang sibuk di bandar Musayab, Jumaat malam.

Susulan itu, militan Daesh tampil mengakui bertanggungjawab terhadap kejadian di bandar yang terletak kira-kira 80 kilometer dari Baghdad itu.

Selain serangan di pasar itu, kumpulan pengganas itu juga menjadi dalang serangan berdarah di stesen bas utama di Kerbala.

Dalam insiden serangan kedua yang berlaku di bahagian barat Musayab ini, sekurang-kurangnya tiga terkorban, manakala 15 lagi cedera.

Seorang pegawai keselamatan berkata, pengebom di Musayab adalah seorang wanita tetapi kenyataan daripada Daesh menyebut kedua-dua pengebom di dua tempat berbeza itu adalah lelaki. - Reuters

Daesh, Musayab

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain