suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

May Terpaksa Menghadap Ratu

May (kanan) meninggalkan Downing Street bersama suaminya untuk ke Istana Buckingham selepas Pilihan Raya Britain di London pada Jumaat. - Reuters/Stefan Wermuth

PERDANA Menteri Britain, Theresa May akan mendapatkan perkenan Ratu Elizabeth bagi membentuk kerajaan.

May berbuat demikian selepas kegagalan Parti Konservatif yang dipimpinnya meraih undi majoriti parlimen dalam pilihan raya mengejut yang diadakan di negara itu.

Memetik laporan Reuters, May yang sebelum ini yakin akan memenangi pilihan raya kali ini, mengadakan pilihan raya itu bagi mengukuhkan kedudukannya selepas memutuskan untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

Namun, pilihan raya kali ini yang dikatakan antara paling sensasi dalam sejarah United Kingdom (UK) telah berpihak kepada Parti Buruh sekali gus membuatkan UK terjerumus ke dalam kegawatan politik.

Pemimpin EU melahirkan rasa bimbang kerana kekalahan May yang sudah tentu mengejutkan pemimpin itu dan berkemungkinan akan melengahkan lagi rundingan Brexit.

Terdahulu, May pada Jumaat didesak melepaskan jawatan selepas kalah pada pilihan raya itu yang berlangsung sehari sebelumnya.

May meminta pilihan raya mengejut diadakan pada April sebagai usaha memperluaskan sokongan majoriti dan mengukuhkan kedudukan beliau, tetapi keputusannya itu memakan diri selepas gagal memenangi kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan yang dikuasai Parti Konservatif.

Mata wang pound sterling jatuh teruk berbanding dolar dan euro ketika pelabur mempersoalkan pihak yang akan mengawal proses Brexit iaitu usaha Britain keluar daripada blok Eropah.

Pesuruhjaya Ekonomi EU, Pierre Moscovici berkata, May sudah kalah dalam pertaruhannya ketika rundingan Brexit bakal diadakan dalam tempoh 19 hari lagi dan perbincangan itu kini menjadi tanda tanya.

Artikel Sebelum

Mimpi Ngeri Buat May

Artikel Berikut

Artikel Lain