suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Awas, Jangan Duduk Mengangkang!

MADRID: Ibu negara Sepanyol di sini mengambil langkah drastik melarang golongan lelaki duduk terkakang ketika berada di dalam bas atau kereta api, gejala yang dianggap kurang sopan.

Syarikat Pengangkutan Malis Perbandaran (EMT) Madrid merancang untuk memasang papan tanda di dalam semua kenderaan pengangkutan awam dengan berharap gejalan itu dapat dikekang.

Menerusi satu kenyataan pada Rabu, arahan itu melarang individu terlibat daripada duduk dengan keadaan yang boleh mengganggu orang lain.

"Larangan ini mengingatkan pengguna pengangkutan awam supaya mengekalkan tanggungjawab sivik dan menghormati hak orang lain," jelas kenytaan itu.

Papan tanda baharu itu meunjukkan lakaran seorang lelaki yang duduk terkangkang di dalam sebuah pengangkutan awam dengan tanda X di tepinya sebagai menunjukkan tindakan tersebut tidak diterima.

Langkah berkenaan diluluskan selepas golongan wanita di Madrid berkempun mahu gejala tersebut dikekang.

Mereka turut melancarkan petisyen yang digelar sebagai #MadridSinManSpreading (Madrid Tanpa Lelaki Duduk Berkangkang) pada awal tahun ini.

Slogan itu tersebar meluas dalam media sosial dan diserahkan kepada Datuk Bandar Madrid untuk tindakan lanjut.

Madrid mengikut jejak langkah bandar New York satu daripada bandar pertama yang melarang gejala duduk mengangkang dalam kenderaan awam pada 2014. - Independent

Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain