suria

Qatar Tidak Akan Mengalah

Sheikh Mohammed bin Abdulrahman al-Thani

DOHA: Qatar berikrar tidak akan menyerah kalah terhadap tekanan yang dikenakan oleh negara Arab lain berhubung perubahan dasar luar negara itu yang mengheret benua itu ke kancah perbalahan.

Menteru Luarnya, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, mengeluarkan kenyataan itu pada Khamis, beberapa hari selepas Bahrain, Arab Saudi, Mesir, Emiriyah Arab Bersatu dan beberapa negara lain memutuskan hubungan dengan Qatar.

Negara terbabit mendakwa Qatar menyokong kumpulan bersenjata dan musuh utama rantau itu, Iran, tuduhan yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh Doha.

"Kami tidak bersedia untuk mengalah dan tidak akan mengalah kebebasan dasar luar negara ini," katanya.

Tambah beliau, pemerintah Qatar, Emir Sheikh Thamim bin Hamad Al Thani juga tidak akan meninggalkan negara itu yang kini 'disekat' serta tidak boleh memenuhi pelawaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke White House.

Selain itu katanya, segala langkah telah diambil oleh kerajaan Qatar untuk memastikan kesejahteraan rakyat terjamin.

"Qatar belum lagi menerima senarai tuntutan daripada negara yang memutuskan hubungan dengan kami, tetapi saya mengharapkan krisis ini diselesaikan secara aman.

"Tindakan ketenteraan bukan penyelesaian bagi masalah ini," katanya.

Tentera Turki akan dikerah ke Qatar untuk menjaga tahap keselamatan negara itu bagi mengelakkan sebarang pencerobohan dan insiden yang tidak diingini. -  Al Jazeera

Qatar

Artikel Sebelum

Tiada Siapa Peduli

Artikel Berikut

Artikel Lain