Pilihan Raya: PM Britain Digesa Letak Jawatan - Dunia | mStar

Pilihan Raya: PM Britain Digesa Letak Jawatan

THERESA MAY

LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May pada Jumaat didesak melepaskan jawatan selepas kalah pada pilihan raya umum yang berlangsung sehari sebelumnya.

May meminta pilihan raya mengejut diadakan pada April sebagai usaha memperluaskan sokongan majoriti dan mengukuhkan kedudukan beliau, tetapi keputusannya itu memakan diri selepas gagal memenangi kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan yang dikuasai Parti Konservatif.

Mata wang pound sterling jatuh teruk berbanding dolar dan euroketika pelabur mempersoalkan pihak yang akan mengawal proses Brexit iaitu usaha Britain keluar daripada blok Eropah.

Pesuruhjaya Ekonomi Kesatuan Eropah (EU), Pierre Moscovici berkata, May sudah kalah dalam pertaruhannya ketika rundingan Brexit bakal diadakan dalam tempoh 19 hari lagi dan perbincangan itu kini menjadi tanda tanya.

Ujarnya, May juga berdepan tekanan dari dalam dan luar parti untuk melepaskan jawatan selepas kempen mereka dibayangi dua serangan pengganas tetapi sumber parti mendakwa, beliau tidak akan berbuat demikian.

May dijangka memberi ucapan kira-kira pukul 9.00 pagi waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia pada Jumaat).

Terdahulu, pemimpin berhaluan kanan, Jeremy Corbyn, menggesa May meletak jawatan kerana pemimpin wanita itu sudah kehilangan undi, sokongan dan keyakinan.

Bekas Menteri Kewangan, George Osborne yang dipercayi oleh May, berkata, jika perdana menteri mendapat keputusan yang lebih teruk berbanding dua tahun lalu dan hampir mustahil membentuk kerajaan, beliau percaya pemimpin wanita itu tidak mampu mengekalkan kedudukannya sebagai pemimpin Parti Konservatif.

Dengan sejumlah kerusi yang masih belum diumumkan, Konservatif dijangka memenangi 318 kerusi, turun daripada 331 pada 2015.

Secara matematiknya, May tidak boleh memenangi 326 kerusi untuk memperoleh kemenangan majoriti, sekali gus memaksa mereka membentuk pakatan rasmi atau tidak rasmi bagi meneruskan agenda.

Theresa May

Artikel Sebelum

May Terpaksa Menghadap Ratu

Artikel Berikut

Awas, Jangan Duduk Mengangkang!

Artikel Berkaitan

May Terpaksa Menghadap Ratu

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain