suria

Keldai Malang

BEIJING: Pengunjung zoo di timur China terkejut apabila melihat tindakan sekumpulan lelaki mencampakkan seekor keldai ke kandang harimau.

Akhbar Modern Express melaporkan, akibat terperangkap, haiwan itu mati kira-kira setengah jam kemudian selepas dibaham beberapa pak belang.

Video insiden itu yang dimuat naik ke Internet menunjukkan ketika penjaga zoo di Changzhou, wilayah Jiangsu menolak keldai hidup ke kandang harimau untuk dimakan tiga haiwan pemangsa itu.

Keldai yang ketakutan itu ditolak pekerja yang memakai baju hujan sebelum jatuh ke dalam air yang mengelilingi kandang harimau dan terus diserang dua haiwan berkenaan.

Video yang dimuat naik itu menimbulkan kemarahan pelbagai pihak dan rata-rata netizen mengutuk perbuatan kejam itu.

Pegawai zoo berkenaan memberitahu akhbar berkenaan, pihak berkepentingan yang mempunyai masalah dengan zoo berkenaan terlibat dalam insiden itu.

Pihak berkenaan dikatakan telah merancang untuk menjual haiwan di zoo berkenaan termasuk keldai malang itu.

Bagaimanapun, tindakan mereka dihidu pihak keselamatan yang telah menghalang kumpulan lelaki itu.

Berang kerana rancangan mereka tergendala, kumpulan lelaki itu telah bertindak menolak keldai berkenaan ke kandang harimau.- South China Morning Post


Changzhou, zoo, keldai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Datuk 36 Cucu Duduki Ujian

Artikel Lain