suria

Bayi Tanpa Hidung Meninggal Dunia

SEORANG bayi yang dilahirkan tanpa hidung, Eli Thompson meninggal dunia pada usia dua tahun, hujung minggu lalu.

Eli Thompson disahkan meninggal dunia di Mobile, Alabama pada malam Sabtu lepas, tiga bulan selepas menyambut ulang tahunnya yang kedua.

Kanak-kanak malang itu antara 37 bayi di dunia yang dilahirkan tanpa hidung.

Bapanya, Jeremy Finch berkata, Eli merupakan seorang kanak-kanak yang riang dan boleh bermain dengan kanak-kanak lain tanpa sebarang masalah.

“Dia sentiasa menyentuh hati semua orang dan ramai yang sayang padanya,” kata bapa bayi itu.

Pada usianya tujuh bulan, Eli telah bertemu Tessa, kanak-kanak perempuan di Ireland yang berhadapan situasi yang sama dengannya.

“Pertemuan antara Tessa dan Eli seolah-olah sebuah mimpi dan ianya sangat bermakna bagi kami untuk duduk dan berbual dengan keluarga Eli,” demikian luahan ibu Tessa, Grainne Evans.

“Tessa yang sangat suka pada Eli, memeluknya dan mengusap kepalanya.”

“Melihat Eli memandang penuh sayang pada Tessa sangat meruntun jiwa," katanya. - Metro.uk

Eli Thompson

Artikel Berikut

Artikel Lain