suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagi Suspek Serangan Manchester Ditahan

LONDON: Polis Britain menahan seorang lelaki di Lapangan Terbang Heathrow pada Selasa, dipercayai ada kaitan dengan siasatan pengebom nekad di Manchester Arena bulan lalu, yang mengorbankan 22 orang.

"Suspek berusia 38 tahun itu ditahan kerana disyaki terbabit dengan kesalahan mengikut Akta Keganasan dan setakat ini masih ditahan.

"Penahanan itu dirancang rapi dan tiada ancaman langsung kepada lapangan terbang, " kata Polis Greater Manchester dalam kenyataan di Twitter.

Setakat ini, keseluruhannya 19 suspek telah ditahan berkaitan serangan pengebom nekad itu dan daripada jumlah itu, 12 telah dibebaskan selepas disoal siasat.

Terkini, tujuh lelaki masih dalam tahanan untuk siasatan lanjut.- Reuters

Manchester Arena, Heathrow

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keldai Malang

Artikel Lain