suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Model Pakai Bikini Protes Jalan Berlubang

PELBAGAI cara dilakukan oleh orang awam untuk mendapatkan perhatian pihak berkuasa tempatan bagi menyelesaikan masalah jalan berlubang.

Di Indonesia, penduduk menanam pokok pisang di lokasi jalan yang berlubang bagi 'memerli' pihak berkuasa tempatan manakala di Malaysia, wujud kumpulan sukarelawan yang mengeluarkan modal sendiri untuk membaiki jalan bermasalah.

Namun lain pula kisahnya di Rusia apabila seorang model mengadakan acara bergambar di lokasi jalan berlubang paling teruk di kawasan perumahannya dengan bergaya seksi memakai bikini sambil menaiki pelampung besar berbentuk angsa.

KEPRIHATINAN Anna mendapat pujian daripada ramai pihak. - ODDITY CENTRAL

Model fesyen itu, Anna Moskvicheva pada awalnya mahu bermgabar di pekan Mirny, tempat tinggal makciknya, tetapi hujan lebat yang tiba-tiba turun menyebabkan lubang besar di tengah jalan di tempatnya dipenuhi air dan kelihatan seperti kolam.

Kemudian, Anna menukar perancangan untuk bergambar di tempat tinggalnya sendiri di jalan Tverskaya di Saratov.

Dia mengenakan pakaian renang berwarna merah dan menghasilkan gambar yang menarik.

Foto itu dikongsi beribu-ribu kali dan kebanyakan orang memuji tindakannya menunjukkan  bantahan atas ketidakprihatinan pihak berkuasa terhadap masalah jalan berlubang. - ODDITY CENTRAL

Anna Moskvicheva

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain