Pengembara Britain Dirogol, Dera Berulang Kali Di Australia - Dunia | mStar

Pengembara Britain Dirogol, Dera Berulang Kali Di Australia

SYDNEY: Seorang pengembara wanita dirogol, pukul dan dicekik berulang kali sepanjang dua bulan mengenali seorang lelaki di Australia.

Warga Britain berusia 22 tahun itu diselamatkan ketika melalui pemeriksaan trafik berhampiran Mitchell, Queensland kira-kira 560 kilometer barat Brisbane pada Isnin.

Menurut polis, ketika menahan kereta yang dipandu wanita itu, dia kelihatan seolah-olah menahan kesakitan dan ada kesan cedera pada wajahnya.

Pemeriksaan di sekatan jalan raya itu juga menemui seorang lelaki menyorok di belakang kenderaan itu.

Pihak berkuasa berkata, wanita itu ditahan tanpa kerelaannya dan didera untuk beberapa minggu.

Polis berkata, pasangan itu bertemu tiga bulan lalu dan bersetuju untuk mengembara bersama menggunakan kereta, bagaimanapun sebaliknya berlaku apabila diserang antara 2 Januari hingga 5 Mac lalu.

Lelaki itu didakwa dengan beberapa pertuduhan termasuk empat kesalahan merogol, lapan serangan, empat tindakan mencekik dan dua tuduhan kerana merampas hak kebebasan.

"Nyawa mangsa juga terancam apabila mengalami keretakan pada muka, calar dan luka pada badan," kata polis itu.

Lelaki itu telah ditahan reman sehingga dihadapkan ke mahkamah pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Australia sememangnya terkenal sebagai destinasi pilihan pengembara yang mencecah kira-kira 600,000 setiap tahun.-AFP


Australia , Mitchell

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain