suria

63 Maut Nahas Kereta Api Tergelincir Di India

Antara penumpang yang mengalami kecederaan dalam insiden itu.

SERAMAI 63 penumpang terbunuh apabila kereta api ekspres 14 gerabak tergelincir di utara Uttar Pradesh, India.

Insiden membabitkan kereta api Indore-Patna Express berlaku pada pukul 3 pagi Ahad waktu tempatan dekat bandar Kanpur.

Angka kematian dijangka meningkat memandangkan operasi mencari dan menyelamat masih lagi dijalankan.

Sementara itu, lebih 100 penumpang dilaporkan mengalami kecederan.

Pasukan perubatan turut dikejarkan ke lokasi kejadian untuk merawat penumpang yang cedera.

Punca insiden masih belum diketahui.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain