Beruang Kutub Paling 'Sedih' Di Dunia Pulang Ke Habitat - Dunia | mStar

Beruang Kutub Paling 'Sedih' Di Dunia Pulang Ke Habitat

SHANGHAI: Beruang kutub yang disifatkan paling 'sedih' di dunia oleh aktivis haiwan telah dipindahkan dari ruang sempit di sebuah pusat membeli belah di Guangzhou, China ke habitatnya di Tianjin.

Pusat membeli-belah Grandview telah mengadakan majlis perpisahan untuk beruang kutub bernama Pizza itu pada Ahad.

Premis itu turut dilengkapi dengan pusat haiwan, Ocean World yang menempatkan hampir 500 spesis bagi menarik perhatian pengunjung.

“Selepas majlis perpisahan tamat, Pizza telah meninggalkan akuarium itu," kata jurucakap pusat membeli-belah itu.

Menurut pihak pengurusan premis itu, perpindahan Pizza hanya untuk sementara iaitu sehingga kerja pengubahsuaian selesai.

Persatuan Kemanusiaan Antarabangsan (HIS), melancarkan kempen untuk membangkitkan gelaran sebagai “beruang kutub paling sedih di dunia” dan gelaran itu diterima secara secara global.

Menerusi video yang tersebar, Pizza di lihat berjalan ulang alik di dalam sangkar gelas berukuran 40 meter dan menggeleng kepalanya ketika pengunjung mengambil gambar bersamanya.

Paparan video itu menunjukkan beruang itu berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang tidak stabil.

Pakar dasar di China, Peter Li berkata, Pizza mengalami kemurungan kerana hidup dalam keadaan serba kekurangan dan terseksa dalam ruang sempit di pusat beli-belah itu.

“Akhirnya dia berpeluang untuk menikmati cahaya, mengambil udara segar dan melihat langit serta berada di samping ibu dan bapanya," katanya.

Tambahnya, perpindahan itu berlaku selepas mendapat tekanan orang ramai awam yang bimbang dengan situasi kesihatan beruang kutub itu.

Gambar majlis perpisahan beruang kutub itu menunjukkan kanak-kanak beratur untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya, tersebar di Weibo.- AFP



Pizza , beruang kutub , Tianjin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kes Anti-Islam Di AS Semakin Meningkat - FBI

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

6 pemimpin parti menghadap Agong

Anwar dijangka menghadap Agong Isnin