Gara-Gara Gas Kentut, Wanita Disambar Api Ketika Dibedah - Dunia | mStar

Gara-Gara Gas Kentut, Wanita Disambar Api Ketika Dibedah

GAMBAR HIASAN - Ihsan mathewpraxis.com

TOKYO: Seorang pesakit yang sedang menjalani pembedahan melecur teruk selepas gas kentutnya dikatakan mencetus kebakaran di sebuah hospital di ibu negara Jepun, di sini.

Wanita berusia sekitara 30-an itu ditempatkan di Pusat Perubatan Universiti Hospital Tokyo untuk mendapatkan rawatan laser di bahagian serviks.

Namun ketika pembedahan sedang dijalankan di Shinjuku Ward, pesakit itu melepaskan gas kentut, menyebabkan kebakaran tercetus secara tiba-tiba.

Laporan akhbar The Ashai Simbun menyebut, wanita berkenaan mengalami luka lecur yang teruk di hampir keseluruhan badan, tangan dan kaki.

Kejadian ngeri itu berlaku pada 15 April lalu dan hanya didedahkan baru-baru ini oleh pihak hospital.

Satu jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menyiasat insiden itu mendapati tiada bahan mudah terbakar dibawa masuk ke dewan pembedahan dan peralatan laser berada dalam keadaan baik.

"Disebabkan gas kentut yang dilepaskan oleh pesakit dalam ruang yang kecil, ia mencetuskan api apabila bercampur dengan pancaran laser.

"Api marak dengan pantas dan menyebabkan kebakaran yang lebih besar," jelas jawatankuasa tersebut pada 28 Oktober lalu.

Kentut , Bedah , Jepun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Remaja Sanggup Tukar Nama Jadi iPhone 7

Artikel Berkaitan

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Gegar Timur Jepun

Lelaki Jepun Penjilat Kaki Wanita Dicekup

Artikel Lain