suria

Bekas Presiden Israel Meninggal Dunia

TEL AVIV: Bekas Presiden Israel, Shimon Peres meninggal dunia di sini, Rabu pada usia 93 tahun akibat menderita penyakit angin ahmar.

Pemimpin rejim Zionis itu dimasukkan ke hospital sejak dua minggu lalu dan kelihatan semakin pulih namun tahap kesihatannya secara tiba-tiba mulai merosot sejak Selasa.

Peres merupakan Presiden Israel kesembilan bermula 2007 sehingga 2014 selain pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Sementara sebanyak dua kali.

Pada 15 September lalu, ahli Parlimen Israel berketurunan Arab, Basel Ghattas melabelkan Peres "berlumuran darah dengan penduduk Palestin.

Kenyataan Ghattas itu merujuk kepada rekod buruk Peres sepanjang mengendalikan konflik dengan Palestin.

"Peres adalah individu paling kuat menyokong projek penjajahan di wilayah Palestin dan orang yang paling hina, kejam serta radikal," tulisnya menerusi laman sosial Facebook. - REUTERS/AFP

Shimon Peres

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain