suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saudi Tingkat Tahap Keselamatan Elak Tragedi Mina Berulang

JEDDAH: Pihak berkuasa Arab Saudi meningkatkan tahap keselamatan ketika hampir dua bilion jemaah haji melaksanakan ibadah melontar jamrah pada Isnin bagi mengelakkan tragedi rempuhan pada 2015 berulang.

Portal Al Arabiya melaporkan, beribu-ribu anggota keselamatan, anggota pertahanan awam dan pasukan sukarelawan dikerah selain penggunaan dron dan gelang elektronik bagi memastikan tahap keselamatan jemaah terjamin.

Tahun lalu, beratus-ratus jemaah terbunuh akibat insiden rempuhan di Mina, kebanyakannya rakyat Iran, sekali gus mencetuskan ketegangan diplomatik antara Riyadh dan Teheran berhubung kelemahan tahap keselamatan jemaah.

Kerajaan Arab Saudi mengesahkan seramai 1,862,909 jemaah menunaikan haji pada tahun ini melibatkan 1,325,372 jemaah dari luar negara manakalan jemaah tempatan sebanyak 537,537.

Daripada jumlah tersebut, jemaah lelaki mencatat jumlah 1,082,228 orang manakala baki 780,681 orang merupakan jemaah wanita.

Saudi, Haji, Mina, Tragedi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain