Jambatan Tertinggi Di Dunia Siap Dibina - Dunia | mStar

Jambatan Tertinggi Di Dunia Siap Dibina

Jambatan Beipanjiang bakal menjadi jambatan tertinggi di dunia. - Foto twitter @cctvnews

BEIJING: Pasukan jurutera China telah menyelesaikan pembinaan struktur yang bakal menjadi jambatan tertinggi di dunia, kata pihak berkuasa tempatan.

Menurut jabatan pengangkutan wilayah Guizhou dalam satu kenyataan berkata, jambatan Beipanjiang terletak di kawasan pergunungan di barat daya China, pada ketinggian 565 meter di atas sebuah sungai.

Tambah kenyataan tersebut, ia akan merampas gelaran Jambatan Sungai Si Du di tengah wilayah Hubei sebagai jambatan tertinggi di dunia.

Menurut kenyataan itu lagi, kedua-dua bahagian jambatan berkenaan telah dihubungkan pada Sabtu.

Jambatan itu dijangka dibuka pada akhir tahun ini, sekali gus memendekkan perjalanan dari Liupanshui di Guizhou ke Xuanwei dekat wilayah Yunnan, dari kira-kira lima jam kepada kurang dua jam. - AFP


Jambatan Beipanjiang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain