Angka Kematian Tragedi Sambutan Hari Lahir Meningkat - Dunia | mStar

Angka Kematian Tragedi Sambutan Hari Lahir Meningkat

Keadaan di luar bar Cuba Libre yang terbakar sehingga mengorbankan 14 nyawa.

PARIS: Angka kematian akibat kejadian kebakaran ketika sambutan majlis hari lahir yang diadakan di restoran Cuba Libre berdekatan bandar Rouen, utara Perancis pada 6 Ogos lalu, meningkat kepada 14 orang.

Menurut laporan media, seramai 13 mangsa yang berusia antara 18 dan 25 tahun disahkan terbunuh sebelum ini dan mangsa ke-14  yang dikenali sebagai Karima Ababsa meninggal dunia di Hospital Paris pada Khamis.

"Keluarga Karima Ababsa meluahkan rasa sedih untuk mengumumkan kematian gadis itu tengah hari ini selepas sebulan menderita," kata peguam keluarga mangsa, Gerard Chemla dalam satu kenyataan.

Keadaan gadis berusia 25 tahun itu makin tidak stabil sejak beberapa hari lalu dan keluarganya mengambil keputusan untuk menghentikan rawatan bagi menamatkan penderitaan yang dialaminya.

Pejabat pendakwa raya di Rouen turut mengesahkan kematian Ababsa.

Enam mangsa yang cedera akibat tragedi itu masih menerima rawatan.

Satu siasatan terperinci dilancarkan untuk meneliti sama ada peraturan keselamatan dipatuhi oleh pemilik restoran itu khususnya berhubung dengan pintu kecemasan kebakaran dan bahan-bahan mudah terbakar.

Perancis pernah mencatat kematian tertinggi di kelab malam yang meragut 146 nyawa pada November 1970 , melibatkan ramai mangsa berusia seawal 20-an. -AFP

Perancis

Artikel Sebelum

Roket Bawa Satelit Pertama Facebook Meletup

Artikel Berikut

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain