Ibu Mertua Taikun Formula One Diculik - Dunia | mStar

Ibu Mertua Taikun Formula One Diculik

Aparecida Schunk (kiri) bersama anaknya, Fabiana Flosi yang juga isteri kepada taikun Formula One Bernie Ecclestone telah diculik pada malam Jumaat.
IBU mertua kepada taikun Formula 1, Bernie Ecclestone telah diculik di Brazil, menurut laporan.

Aparecida Schunk, 67, ibu kepada isteri Ecclestone, Fabiana Flosi dari Brazil, diculik pada malam Jumaat berhampiran rumahnya di São Paulo.

Penculik dilaporkan menuntut wang tebusan sebanyak £28 juta untuk pembebasannya dan sedang berhubung dengan keluarga Ecclestone, menurut laporan.

Selaku tuan rumah kepada Sukan Olimpik Rio yang hanya tinggal kurang dua minggu lagi, kes ini adalah tamparan terbaru kepada Brazil yang berdepan kebimbangan keselamatan termasuklah jenayah jalanan kepada serangan militan.

Ia juga meningkatkan kebimbangan di kalangan tetamu golongan elit yang mungkin akan mengelak daripada masuk ke negara ini untuk acara tersebut walaupun dengan adanya tindakan keras oleh polis, termasuk pembentukan bahagian khas anti-penculikan.

Negara ini juga sedang mengalami krisis ekonomi terburuk selama hampir satu abad.

Satu sumber yang rapat dengan penyiasatan polis memberitahu majalah Brazil Veja bahawa penjenayah telah menetapkan supaya wang tebusan dibayar dalam pound sterling dan dipecahkan kepada empat beg plastik.

Jumlah ini adalah yang terbesar yang pernah dituntut dalam penculikan di Brazil, yang menyaksikan berlakunya ratusan kes setahun.

Ecclestone,85, bertemu Fabiana,38, pada tahun 2009 menjelang Grand Prix Brazil di Interlagos, di mana dia bekerja sebagai pengarah pemasaran untuk Formula One Brazil.

Bernie Ecclestone (kanan) dan Fabiana Flosi.

Pasangan itu berkahwin tiga tahun kemudian selepas Ecclestone menceraikan isteri yang telah dikahwininya selama 25 tahun, Slavica Radic, yang juga model dari Croatia.

Fabiana dan ibunya yang tinggal di daerah Interlagos di São Paulo, mempunyai hubungan yang sangat rapat.

Bulan lalu, pelayar Paralimpik Liesl Tesch dan pegawai pasukan Sarah Ross telah didatangi dua lelaki ketika menunggang basikal di sebuah taman di Rio.

Salah seorang daripada lelaki itu membawa pistol dan mereka telah dirompak.

Ecclestone merupakan orang keempat terkaya di UK dengan anggaran kekayaan £3.2 bilion, dan salah seorang daripada orang yang paling berkuasa dalam sukan.

Dia berkahwin buat kali pertama pada tahun 1952, pada usia 21 tahun dengan operator telefon Ivy Bamford.Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan, Debbie yang kini berusia 59 tahun sebelum mereka berpisah pada tahun 1960-an.

Dia juga menjalinkan hubungan selama 17 tahun dengan Tuana Tan, dari Singapura dan dalam masa yang sama menjalinkan hubungan sulit dengan model Slavica Malic pada tahun 1982.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain