Pusara Puteri Diana Akan Diberi Wajah Baharu - Dunia | mStar

Pusara Puteri Diana Akan Diberi Wajah Baharu

Pusara Puteri Diana di sebuah pulau yang dikelilingi tasik. Foto mirror.co.uk

PUSARA mendiang Puteri Diana akan diberikan wajah baharu menerusi projek pengubahsuaian yang menelan belanja jutaan pound berikutan aduan mengenai ia 'diabaikan'.

Pusaranya yang ditempatkan di sebuah pulau dikelilingi tasik pada 6 September 1997 akan direka semula sempena ulang tahun ke-20 pemergiannya pada tahun depan.

Pada 2014, bekas chef Diana mengkritik abangnya, Earl Spenser kerana mengabaikan pusara wanita berjiwa rakyat itu di Althorp di Northamptonshire, England.

Malah pusara Diana turut didakwa diabaikan dari segi penjagaannya.

Bagaimanapun, pemilik kawasan itu memberitahu ia menjaga pusara berkenaan dengan baik, dan menjelaskan bahawa musim panas selama berbulan-bulan mengakibatkan alga merebak dengan cepat, menjadikan ia lebih sukar untuk dibersihkan.

Kini, pemilik kawasan itu mengumumkan kawasan itu akan melakukan pengubahsuaian secara besar-besaran.

Jurucakap bagi pemilik kawasan itu berkata: "Tasik Oval yang menempatkan pusara Diana, 'Princess of Wales' sedang melalui pengubahsuaian semula secara besar-besaran bagi memperingati beliau.

Ia dijangka siap tepat pada masa bagi ulang tahun ke-20 pemergiannya pada Ogos 2017.

Susulan projek berkenaan, sebanyak 36 pokok besar akan ditanam bagi menandakan setiap tahun kehidupannya, bersama dengan ratusan bunga teratai putih dan bunga ros. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain