Angin Kencang Tumbangkan Kren, 18 Maut Di China - Dunia | mStar

Angin Kencang Tumbangkan Kren, 18 Maut Di China

BEIJING: Angin kencang yang melanda tapak projek binaan di tebing sungai di bandar Dongguan di selatan China mengakibatkan sebuah kren tumbang dan meragut 18 nyawa, manakala lebih 20 lagi cedera.

Kren seberat 80 tan itu menghempap bangunan sementara yang diperbuat daripada dua kontena di lokasi kejadian pada pagi Rabu.

Agensi berita rasmi, Xinhua melaporkan, kejadian di selatan China itu mengejutkan pekerja di tapak projek pembangunan itu yang bertempiaran lari bagi menyelamatkan diri masing-masing.

Jurucakap pasukan penyelamat, Luo Bin memberitahu, mangsa yang dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan dilaporkan mengalami luka serius tetapi dalam keadaan stabil.

Katanya, 139 orang berada dalam bangunan tersebut ketika insiden berlaku dan 88 daripanya berjaya melarikan diri.

Susulan kejadian itu juga, kerajaan menubuhkan pasukan untuk menyiasat nahas itu.

kren , Dongguan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain