Berakhir Riwayat Kalijodo - Dunia | mStar

Berakhir Riwayat Kalijodo

Pasukan keselamatan berkawal sepanjang operasi meroboh bangunan di sekitar Kalijodo pada Isnin.

JAKARTA: Akhirnya Kalijodo, pusat pelacuran tertua di Indonesia dimusnahkan dalam operasi besar-besaran yang dikawal  ratusan anggota polis dan tentera.

Tindakan itu diambil selepas kerajaan Indonesia berhasrat menutup semua kawasan pelacuran di negara itu yang majoritinya didiami penduduk Islam.

Menerusi operasi itu, berpuluh-puluh kelab malam dan tempat pelacuran berhampiran sungai yang tercemar di utara Jakarta telah dimusnahkan.

Walaupun hujan lebat, ratusan penduduk di beberapa kejiranan kawasan itu sanggup menyaksikan kerja-kerja merobohkan bangunan di situ.

Datuk Bandar Jakarta Utara, Rustam Effendi berkata, bangunan-bangunan itu dibina secara haram di atas tanah kerajaan sekali gus kerja-kerja merobohkan bangunan itu bakal memberi laluan kepada pembinaan sebuah taman awam.

“Di sini terdapat aktiviti pelacuran secara terbuka, selain penjualan arak,” katanya.

Sejak seminggu lalu, penduduk kawasan itu diarah mengosongkan kediaman dan premis masing-masing,  menyebabkan pihak polis menemui beribu-ribu botol minuman keras selepas dirampas daripada beberapa kafe yang diserbu.

Bagaimanapun, rancangan membersihkan kawasan maksiat itu menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk sekali gus menyebabkan pihak berkuasa bimbang penunjuk perasaan akan mengganggu kerja-kerja merobohkan lokasi berkenaan.

Keputusan merobohkan kawasan itu dibuat selepas berlaku kemalangan maut yang membabitkan seorang kaki mabuk.

Dalam pada itu, kerajaan mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa tempatan supaya menutup 100 pusat pelacuran yang terdapat di seluruh negara itu. – AFP


Kalijodo , Indonesia , pelacuran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain