Gempa Taiwan: Tiga Termasuk Budak Lapan Tahun Ditemui Hidup Selepas 60 Jam - Dunia | mStar

Gempa Taiwan: Tiga Termasuk Budak Lapan Tahun Ditemui Hidup Selepas 60 Jam

TAINAN: Seorang kanak-kanak perempuan dan masing-masing seorang wanita serta lelaki bernasib baik apabila ditemui masih hidup selepas lebih 60 jam terperangkap dalam runtuhan bangunan akibat gempa bumi yang melanda Taiwan pada Sabtu lalu.

Kanak-kanak berusia lapan tahun itu ditemui petang Selasa dalam kejadian runtuhan pangsapuri Wei di sini, manakala jeritan Tsao Wei-Ling, 45 berjaya menarik perhatian pasukan penyelamat.

Bagaimanapun, adalah menyedihkan apabila dia ditemui hidup kerana kerana dilindungi mayat suami serta anaknya yang berusia dua tahun.

Wei-Ling kini stabil sementara menunggu berita berkaitan lima lagi anggota keluarganya yang masih terperangkap.

Seorang lagi mangsa lelaki, Lee Tsong-Tian, 40 berjaya diselamatkan selepas 20 jam menggunakan kren kerana kakinya tersangkut dalam runtuhan itu.

Operasi mencari dan menyelamat kini memasuki hari keempat dengan lebih 100 mangsa dipercayai masih terperangkap dalam runtuhan bangunan itu.

Walaupun berjaya dikeluarkan, kaki Tsong-Tian mungkin terpaksa dipotong kerana kecederaan parah yang dialami dalam insiden berkenaan.

Pasukan penyelamat kini bersiap sedia untuk menggunakan jentera berat bagi mengalihkan lapisan konkrit besar sebaik sahaja mereka sudah pasti bahawa semua mangsa di bahagian atas runtuhan bangunan pangsapuri itu telah diselamatkan.

Gempa bumi dengan magnitud 6.4 itu menyebabkan lebih 37 orang terbunuh setakat ini, kebanyakan daripadanya mangsa runtuhan bangunan tersebut. 


Tainan , gempa bumi , Lee Tsong-Tian

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain