suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cristiano Ronaldo Dedah Keistimewaan Kediaman Mewahnya

BINTANG bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo membenarkan peminatnya menerokai kediaman mewah pemain berkenaan apabila ia didedahkan dalam satu filem selepas ini.

Kediaman pemain Real Madrid bernilai £4.8 juta itu terletak di La Finca, Pozuelo de Alarcon - iaitu kawasan kejiranan elit dan turut berjiran dengan bintang Real yang lain iaitu Gareth Bale serta Zinedine Zidane.

Berikutan itu, seorang jurugambar sukan dibenarkan merakam sudut kediaman serba mewah itu seperti di bilik tidur, ruang tamu, tandas, taman dan padang mini untuk anak Ronaldo bermain bola sepak.

Kediaman yang terletak di atas tanah seluas 8,600 kaki persegi itu menyaksikan sebuah bangunan dibina untuk bilik Ronaldo selain lapan bilik tidur - salah satunya merupakan tempat menyimpan trofi dan barangan lain.

Ketua pasukan Portugal itu turut menyifatkan bilik tidur merupakan kawasan paling penting dalam hidupnya dan berikutan itu ia dibina dan dihias pada tahap mewah dan selesa.

"Saya meluangkan masa separuh hari di sini untuk mendapatkan mood lebih baik dan berehat secukunya," jelasnya kepada jurugambar berkenaan.

Cristiano Ronaldo, Real Madrid

Artikel Berikut

Artikel Lain