suria

Tanah Runtuh: Dua Ditemui Selamat Selepas 70 Jam Tertimbus

Antara mangsa yang berjaya dikeluarkan.

BEIJING: Dua orang ditemui selamat awal pagi Rabu selepas tertimbus lebih 70 jam dalam insiden tanah runtuh di tapak buangan sisa bangunan di Shenzhen, China, pada Ahad.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba wilayah Guangdong, lelaki pertama yang berjaya dikeluarkan disahkan antara salah seorang daripada 76 mangsa yang masih hilang.

Mangsa yang dikenal sebagai Tian Zeming dihantar ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan susulan.

Zeming berasal dari Chongqing di barat daya China.

Seorang lagi mangsa yang selamat dikatakan mengalami kecederaan parah dan sedang dikeluarkan dari sisa runtuhan.

Bencana itu menyebabkan 33 bangunan di zon perindustrian di Shenzhen, pusat pengeluaran utama di wilayah Guangdong bersempadan Hong Kong tertimbus.

Biro keselamatan awam Shenzhen pada Isnin menyiarkan notis secara online memberitahu sekurang-kurangnya 91 hilang dalam kejadian itu.

Pakar geologi di lokasi kejadian berkata, kawasan seluas lebih 60,000 meter persegi ditimbuni lumpur sehingga enam meter. 


tanah runtuh, China

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain