suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih Sejuta Migran Masuk Eropah

LEBIH sejuta migran memasuki Eropah tahun ini dengan bilangan itu lebih empat kali ganda berbanding pada 2014.

Portal Mail Online melaporkan bahawa separuh daripada jumlah itu merupakan warga Syria yang melarikan diri daripada negara mereka yang dilanda peperangan, 20 peratus lagi adalah Afghanistan dan tujuh peratus dari Iraq.

Lebih 800,000 migran memasuki Eropah melalui jalan laut di Greece manakala 3,700 meninggal dunia atau hilang semasa merentasi laut Mediterranean.

Angka berkenaan didedahkan oleh Pertubuhan Antarabangsa Migran (IMO) dengan lebih sejuta migran dicatatkan pada Isnin.

Menurut IMO, Lebih 820,000 migran memasuki Greece dari Turki, termasuk lebih 455,000 dari Syria dan lebih 186,000 dari Afghanistan.



Artikel Berikut

Artikel Lain