suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kru Pesawat Ditahan Sedang Asyik Ambil Dadah

JAKARTA: Badan Narkotika Nasional (BNN) mengesahkan tiga kru sebuah syarikat penerbangan tambang murah milik Indonesia adalah antara empat orang yang ditahan dalam satu serbuan kerana terbabit dengan kes dadah.

Siaran-siaran berita televisyen tempatan memetik Ketua Kepala BNN Budi Waseso sebagai berkata, mereka ditahan ketika sedang mengadakan pesta dadah di sebuah apartmen di Wilayah Tengerang dekat sini, Isnin.

Katanya, mereka yang ditahan ialah seorang Pembantu Juruterbang, seorang pramugari, seorang pramugara dan seorang wanita suri rumah yang juga teman kepada salah seorang kru terbabit. 

Kesemua mereka berumur antara 20 dan 34 tahun dan ketika ditahan dalam keadaan khayal dan sedang asyik mengambil dadah jenis syabu dan menghisap ganja.

"Ketika kami geledah barang bukti sudah habis digunakan. Mereka berpasang-pasangan...tetapi fokus kami ialah untuk membongkar jaringannya," kata beliau dalam satu sidang media. 

Penangkapan kru penerbangan membabitkan kes dadah ini adalah yang kebeberapa kali berlaku di Jakarta termasuk dua juruterbang pernah ditahan kerana disahkan penagih dadah pada 2012. -- Bernama 



BNN, Budi Waseso, kru pesawat

Artikel Sebelum

Lebih Sejuta Migran Masuk Eropah

Artikel Berikut

Artikel Lain