suria

Disneyland Lokasi Paling Banyak Ditandakan Pengguna Instagram

ORANG ramai kini banyak menggunakan media sosial untuk berkongsi gambar percutian dan pengembaraan mereka yang menarik.

Menurut pengasas Beautiful Destinations, Jeremy Jauncey, terdapat kira-kira 353 juta gambar di Instagram adalah berkaitan pengembaraan dan percutian di mana pengguna akan menandakan lokasi sewaktu memuat naik gambar berkenaan.

Instagram mendedahkan lokasi yang paling banyak ditandakan pada 2015 ialah Disneyland, dengan empat daripada lima taman hiburan itu disenaraikan dalam kedudukan 20 teratas.

Disneyland di Anaheim, California menduduki tangga teratas, diikuti dengan Times Square di New York tangga kedua.

Selain di California, taman Disneyland lain yang berada dalam senarai 20 teratas bagi lokasi yang paling banyak ditandakan oleh pengguna Instagram ialah Walt DisneyWorld di Bay Lake, Florida (kelima), Tokyo Disneyland di Tokyo, Jepun (ke-19) dan Disneyland Paris di Paris, Perancis (ke-20).

Selain itu, Central Park di New York dan Menara Eiffel di Paris, masing-masing menduduki tangga ketiga dan keempat. - Mail Online


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain