suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Iraq Beri Tempoh 48 Jam Kepada Tentera Turki

BAGHDAD: Iraq memberi tempoh selama 48 jam kepada Turki untuk mengeluarkan kesemua tenteranya kerana memasuki negara itu secara haram jika tidak mahu berdepan sebarang risiko.

Baghdad yang sedang berdepan cabaran menentang kumpulan Negara Islam (IS) mendakwa tentera Turki telah memasuki negara itu menggunakan kereta kebal dan jentera lain tanpa kebenaran.

Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu dalam suratnya kepada rakan sejawatan di Iraq iaitu Haider al-Abadi berkata,  mereka tidak akan menghantar tentera sehingga mendapat 'lampu hijau' daripada Baghdad.

"Tentera Turki telah memasuki Iraq tanpa kebenaran atau sebarang makluman dibuat.

"Jika kesemua tentera itu tidak berundur dalam tempoh 48 jam, Iraq mempunyai kuasa untuk menggunakan segala pilihan, termasuk mengadu kepada Suruhanjaya Keselamatan PBB," jelas pejabat perdana menteri Iraq.

Tentera Turki dilapor memasuki Iraq untuk membantu kerajaan negara itu menentang IS yang mempunyai kekuatan dan kelengkapan.


Iraq, Turki

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain