suria

Turki Dakwa Dua Pilot Rusia Masih Hidup

ANKARA: Pihak berkuasa Turki sedang berusaha untuk mendapatkan dua juruterbang Rusia yang dikatakan masih hidup selepas pesawat mereka ditembak di sempadan Syria.

Laporan awal menyebut kedua-dua juruterbang berkenaan hilang selepas tentera Turki menembak jatuh pesawat itu.

"Turki mempunyai maklumat kedua-dua juruterbang masih hidup dan kini sedang berusaha untuk mendapatkan mereka," kata lapor AFP.

Ia susulan laporan menyatakan kemungkinan salah seorang juruterbang mati apabila payung terjunnya memasuki kawasan Syria.

Sementara itu, di Russia jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov memberitahu tiada maklumat rasmi mengenai nasib juruterbang dari pesawat yang ditembak itu.

Televisyen CNN-Turk berkata, pasukan Turkmen Syria melawan tentera Syria menawan salah seorang juruterbang, manakala sumber pembangkang Syria berkata, satu daripadanya dibunuh pemberontak dan dua lagi masih hilang. - AFP

Turki, Rusia, Syria

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gempa 7.5 Landa Peru, Brazil

Artikel Lain