suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa 7.5 Landa Peru, Brazil

WASHINGTON: Gempa kuat 7.5 magnitud menggegarkan sempadan Peru dan Brazil di lembangan Amazon, awal pagi ini, menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Gegaran awal dilaporkan berkekuatan 7.1 magnitud berpusat di 296 kilometer (km) di barat daya Bandaraya Puerto Maldonado.

Punca gegaran dikesan 602 kilometer di bawah bumi di kawasan yang hutan terpencil dan dijangka ia tidak menyebabkan kerosakan atau kecederaan yang besar.

Sementara itu, laporan menyebut gegaran dapat dirasai di beberapa bandar di Peru antaranya Cuzco, Tacna, Pucallpa dan Arequipa. Gegaran juga berlaku di beberapa bahagian di utara Chile, Argentina dan Bolivia, demikian lapor media tempatan, Rabu. - Reuters


gempa bumi, Peru, Brazil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain