suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

24 Maut Nahas Bas Dengan Kereta

PUEBLA: Sekurang-kurangnya 24 orang maut dan 10 lagi cedera selepas bas bertembung dengan sebuah kereta di tengah Mexico sebelum terbakar, kata pengawai kerajaan pada Isnin.

Pegawai penyiasat masih mencari kemungkinan lebih ramai mangsa yang terperangkap dalam kenderaan beberapa jam selepas nahas berlaku berdekatan Pekan Jalpan di Puebla.

Pegawai di pejabat pendakwa raya Puebla berkata, 22 mayat dijumpai dari bas dan dua mayat dari kereta terbabit.

"Bas itu penuh dengan penumpang. Hanya 10 orang yang berjaya melarikan diri melalui cermin kerana pintu bas disekat dengan kenderaan lain," kata pegawai itu.

Gabenor Negeri Veracruz Javier Duarte mengesahkan angka kematian. Bas berkenaan dari negeri Veracruz. -AFP

Mexico

Artikel Sebelum

Phuc Dat Bich Ucap Terima Kasih

Artikel Berikut

Artikel Lain