suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Militan Pancung Kepala Pengembala Berusia 16 Tahun

TUNIS: Sekumpulan militan mendakwa memancung kepala seorang pengembala muda warga Tunisia bagi pihak kumpulan militan Negara Islam (IS) dengan menuduh mangsa telah memaklumkan kepada tentera Tunisia mengenai pergerakan mereka di wilayah Sidi Bouzid dalam video yang disiarkan pada Ahad.

Pembunuhan Mabrouk Soltani yang berusia 16 tahun itu mencetuskan kemarahan rakyat Tunisia. Kumpulan itu turut mengarahkan seorang remaja berusia 14 tahun yang juga merupakan pekerja kepada pengembala itu untuk membawa kepala mangsa yang dibungkus dengan plastik kepada keluarganya.

Video yang tidak dikenalpasti kesahihannya itu, mendakwa pengembala muda itu telah memberikan maklumat mengenai tentera IS kepada tentera Tunisia.

"Ini adalah nasib kepada semua orang di bawah perintah zalim Tunisia terhadap Jund al-Khilafa (tentera khalifa)," menurut video yang ditulis dalam bahasa Arab.

Jund al-Khilafa adalah cawangan IS di Tunisia. Video itu juga menunjukkan pengembala itu kelihatan takut dengan menjawab soalan daripada suara yang telah diubah. -AFP

Tunisia, IS

Artikel Sebelum

Badak Putih Utara Mati Di AS

Artikel Berikut

Artikel Lain