suria

Gadis Letupkan Diri, Lapan Termasuk Kanak-Kanak Terbunuh

KANO, NIGERIA: Lapan orang awam terbunuh selepas seorang wanita yang juga pengebom berani mati bertindak meletupkan diri berhampiran sekumpulan wanita dan kanak-kanak yang baru tiba di bandar Maiduguri, timur laut Nigeria pada Ahad.

Koordinator Agensi Kecemasan Kebangsaan (Nema) Mohammed Kanar berkata letupan itu berlaku ketika kumpulan itu tiba dari Dikwa kira-kira 90 kilometer (56 batu) ke timur laut Nigeria.

Bandar Maiduguri diserang sekali lagi oleh Boko Haram dan serangan itu adalah  ancaman daripada kumpulan militan Negara Islam (IS) setelah mereka diserang oleh tentera Nigeria.

Kanar berkata pengebom berani mati dalam serangan pada Ahad itu berusia antara 20 tahun dan wanita terbabit meletupkan diri apabila sekumpulan wanita dan kanak-kanak itu tiba di 'check point' di bandar Maiduguri.

"IDP (orang kehilangan tempat tinggal) kebanyakannya wanita dan kanak-kanak sedang berhenti untuk pemeriksaan keselamatan apabila pengebom berani mati itu menyamar sebagai IDP sebelum meletupkan dirinya di antara mereka.

"Lapan orang terbunuh dan tujuh lagi cedera dalam kejadian itu," katanya kepada AFP.


Kano, Boko Haram

Artikel Lain