suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Gadis Letupkan Diri, Lima Orang Awam Terbunuh

YAOUND, Cameroon: Empat gadis bertindak meletupakan diri mereka sehingga menyebabkan lima orang terbunuh termasuk seorang pemimpin kampung pada Sabtu.

Seorang daripada mereka bertidak meletupkan diri berhampiran rumah ketua kampung di Fotokol - sebuah bandar yang terletak bersempadan dengan Nigeria dan menjadi sasaran kumpulan militan Boko Haram.

Berikutan letupan itu, empat ahli keluarga ketua kampung berkenaan turut terbunuh selain 10 lagi mengalami kecederaan.

Tiga lagi gadis berkenaan turut meletupkan diri mereka di lokasi lain namun tidak menyebabkan kematian kepada orang awam.

Menurut pihak keselamatan Cameroon, gadis-gadis itu berusia lingkungan 15 tahun.

Jelasnya, pengeboman itu didalangi oleh kumpulan Boko Haram yang kini sedang melatih gadis sebagai pengebom berani mati.

Cameroon, Fotokol

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain