suria

Tujuh Maut Helikopter Terhempas Di Glasier New Zealand

Helikopter yang terhempas di kawasan glasier New Zealand pada Sabtu, mengorbankan kesemua tujuh penumpang dan juruterbang. Foto EPA

WELLINGTON: Sebuah helikopter terhempas di kawasan pelancongan glasier di New Zealand pada Sabtu, mengorbankan kesemua tujuh penumpang dan juruterbang.

Pasukan penyelamat menemui bangkai helikopter di kawasan jurang dalam di Glasier Fox, Pulau Selatan New Zealand.

Mangsa nahas terdiri daripada seorang juruterbang warga New Zealand, empat pelancong dari United Kingdom dan dua dari Australia.

Terdahulu, helikopter berkenaan dilaporkan hilang pada pagi Sabtu, waktu tempatan.

Media tempatan melaporkan bahawa helikopter tersebut dikendalikan oleh syarikat Alpine Adventures yang menawarkan khidmat penerbangan di kawasan glasier.

Pada 2010, sebuah pesawat yang menuju ke Glasier Fox terhempas selepas berlepas dari bandar berhampiran, mengorbankan kesemua sembilan penumpang dan juruterbang. - Reuters


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain