suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Bumi 6.1 Magnitud Gegar Timur Indonesia

Gegaran gempa bumi berukuran 6.1 magnitud dapat dirasai di Saumlaki, bandar yang terdekat dengan pusat gempa.

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud mengegarkan timur Indonesia pada Sabtu, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada kerosakan atau kemalangan jiwa yang dilaporkan setakat ini.

Menurut USGS, gempa berkenaan direkodkan pada kedalaman 67 kilometer dekat kepulauan Babar di Indonesia.

Seorang pegawai stesen geofizik tempatan berkata, gegaran itu dapat dirasai di Saumlaki, bandar yang terdekat dengan pusat gempa.

"Kita merasai gegaran itu selama kira-kira 25 saat, seperti sebuah trak yang melalui sebuah rumah," kata pegawai berkenaan, Alva Rottie kepada AFP.

Artikel Lain