suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serangan Hotel: Mali Adakan Hari Berkabung, Isytihar Tempoh Darurat

BAMAKO: Mali pada Sabtu memulakan tempoh berkabung selama tiga hari dan mengisytiharkan darurat selepas serangan sekumpulan lelaki bersenjata di hotel mewah di ibu negara itu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang.

Serangan itu didakwa dilakukan oleh sekutu Al-Qaeda iaitu kumpulan Al-Murabitoun yang diketuai oleh individu yang terkenal sebagai militan bermata satu, Mokhtar Belmokhtar.

Ia bagaimanapun berakhir selepas pasukan tentera menyerbu hotel Radisson Blu di Bamako.

Serangan berkenaan berlaku seminggu selepas serangan militan Negara Islam (IS) di Paris yang mengorbankan 130 orang, kumpulan yang sama dikatakan telah menyebabkan nahas pesawat penumpang Rusia di Mesir beberapa minggu sebelum itu.

Susulan insiden tersebut, kerajaan Mali mengisytiharkan tempoh darurat selama 10 hari dijalankan serentak di seluruh negara bermula tengah malam Jumaat dan mengumumkan tiga hari berkabung bagi memperingati mangsa-mangsa yang terlibat. - AFP


Mali, Bamako

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain