suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Diskaun Melancong Ke Sharm-el-Sheikh Dilancar, Anda Berani?

PENGUSAHA pelancongan dan syarikat penerbangan Mesir melancarkan promosi melancong ke Sharm-el-Sheikh dengan kadar serendah  RM1,113 atau £200 khususnya kepada rakyat Britain.

Promosi dengan pakej penginapan di hotel mewah itu dibuat selepas kerajaan Britain mengisytiharkan lokasi pelancongan tumpuan berkenaan sebagai tempat tidak selamat.

Sharm-el-Sheikh merupakan lokasi pelancongan tumpuan bagi rakyat Britain yang inign berehat atau mandi di Laut Merah.

Bagaimanapun insiden pesawat terhempas di Sinai baru-baru ini sehingga mengorbankan 224 penumpang dan anak kapal menyebabkan lokasi menarik itu mula sepi.

Berikutan itu, pelbagai promosi dilancarkan oleh agensi pelancongan dengan kadar diskaun sehingga 70 peratus bagi penginapan di hotel mewah.

Kumpulan agensi pelancongan menyifatkan pengurangan jumlah pelancong yang ketara merupakan sesuautu kejadian 'gila'.

"Pelancong berasa tidak selamat untuk datang melancong ke Sharm-el-Sheikh," jelasnya 


Sharm-el-Sheikh, Mesir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain