suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Philadelphia Dinamakan Bandar Warisan Dunia

Independence Hall yang mencatat sejarah kemerdekaan Amerika Syarikat pada 1776 masih berdiri kukuh di Philadelphia.

PHILADELPHIA menjadi lokasi pertama Amerika Syarikat (AS) yang dinamakan sebagai Bandar Warisan Dunia, sebaris pengiktirafan dunia kepada Baitulmuqadis, Kaherah dan Paris sebelum ini.

Pertubuhan Tapak Warisan Dunia (OWHC) memberitahu, Philadelphia diundi pada persidangan yang berlangsung di Arequipa, Peru pada Jumaat.

Philadelphia adalah bandar kelima terbesar di AS itu layak memperoleh status itu kerana adanya Independence Hall yang juga Tapak Warisan Dunia Unesco.

Deklarasi Kemerdekaan negara itu ditandatangani di bangunan bersejarah itu pada 1776, begitu juga debat dan majlis menandatangani Perlembagaan AS pada 1787 ketika George Washington menjadi presiden negara itu.

Keseluruhannya, sebanyak 260 lokasi dunia diiktiraf tapak warisan dan kini Philadelphia adalah salah satu daripadanya, kata Timbalan Datuk Bandarnya, Alan Greenberger.

Setiausaha Agung OWHC, Denis Ricard yang meninjau sekitar bandar yang berubah daripada dermaga kapal kepada taman perindustrian terpegun dengan proses transformasi itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain