suria

Peluang Selamatkan Mangsa Runtuhan Kilang Di Lahore Makin Tipis

LAHORE: Selepas tiga hari tragedi runtuhan kilang beg di sini, pasukan penyelamat masih meneruskan operasi walaupun mengakui harapan menemui mangsa yang masih hidup semakin tipis.

Setakat ini, 23 mayat ditemui, lebih 100 cedera akibat tertimbus dalam runtuhan bangunan kilang empat tingkat milik Rajput Polyester pada Rabu itu.

Ketua Perkhidmatan Penyelamat Punjab, Arshad Zia memberitahu AFP, pihaknya kini berusaha mencari mayat mangsa yang di bahagian belakang bangunan itu yang dikhuatiri akan terdapat lebih ramai mangsa.

"Peluang makin tipis untuk menemui mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan, tetapi kami kini mencari mayat mangsa.

“Kami jangka menemui sekurang-kurangnya 25 mayat di bahagian belakang kilang tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Punjab, Shahbaz Sharif berkata, kilang tersebut mungkin mengalami kerosakan struktur bangunan akibat gempa bumi yang berlaku pada 26 Oktober lalu yang mengorbankan hampir 400 nyawa di Pakistan dan Afghanistan.



Lahore, Rajput Polyester, Arshad Zia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain