Selfie Di Lokasi Nahas Pertunjukan Udara, Dua Polis Bakal Dibuang Kerja - Dunia | mStar

Selfie Di Lokasi Nahas Pertunjukan Udara, Dua Polis Bakal Dibuang Kerja

Letupan yang berlaku selepas sebuah pesawat tentera terhempas dekat kawasan pertunjukan udara Shoreham di England pada 22 Ogos lalu.

DUA anggota polis berdepan tindakan dibuang kerja selepas mereka didakwa bergambar 'selfie' di lokasi kejadian nahas pertunjukan udara Shoreham di England.

Portal Mirror melaporkan bahawa pegawai polis Sussex yang berpangkalan di Brighton itu mengirimkan gambar berkenaan menerusi satu mesej peribadi kepada seorang rakan setugas yang kemudiannya melaporkan perkara tersebut kepada jabatan standard profesional polis.

Seorang jurucakap polis berkata, kedua-dua mereka kini sedang disiasat kerana "salah laku menerusi penggunaan media sosial".

Superintenden Lisa Bell dari polis Sussex dalam satu kenyataan berkata: "Siasatan itu berhubung dengan satu mesej peribadi yang dihantar kepada seorang rakan setugas yang segera melaporkan perkara itu kepada jabatan standard profesional.

"Dakwaan ini begitu mengecewakan, dan boleh menjejaskan profesionalisme sejumlah besar polis yang bertugas tanpa mengenal penat lelah dalam operasi tersebut.

"Kita akan melakukan siasatan secara menyeluruh mengenai dakwaan salah laku atau tindakan pegawai dan kakitangan yang menjejaskan tahap standard perkhidmatan mereka," katanya.

Seramai 11 orang maut dalam insiden itu apabila sebuah pesawat tentera terhempas semasa pertunjukan udara Shoreham di England pada 22 Ogos lalu.

Artikel Sebelum

PM Jepun Kekal Jawatan Presiden Parti

Artikel Berikut

David Beckham, James Bond Terbaru?

Artikel Berkaitan

Tentera British Bunuh 6 Militan IS

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Senarai 11 ahli PKR umum keluar parti

Azmin, Zuraida dipecat daripada PKR