Taufan Soudelor Badai Taiwan, Ibu & Anak Maut - Dunia | mStar

Taufan Soudelor Badai Taiwan, Ibu & Anak Maut

Beberapa pejalan kaki berdepan kesukaran untuk meneruskan perjalanan mereka.

TAIPEI: Taufan Soudelor membadai Taiwan pada awal pagi Sabtu sehingga menumbangkan pokok dan beberapa papan tanda tercabut ketika ia membawa angin kencang dan hujan lebat ke pulau berkenaan.

Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dan ibunya antara yang dilaporkan maut selepas dihanyutkan ke laut ketika taufan membadai pulau itu.

Tiada pengesahan berkaitan kematian lain setakat ini.

Namun media tempatan melaporkan, seorang lelaki terkorban pada malam Jumaat akibat dihempap papan iklan di sebuah bandar dekat tepi pantai, Suao.

Berikutan itu, beribu-ribu penduduk dipindahkan dengan 1,300 kini ditempatkan di 43 pusat pemindahan sementara di seluruh pulau terbabit.

Kesemua sekolah dan tempat kerja turut ditutup susulan bencana buruk itu.

Taufan itu membadai bandar Hsiulin, timur Hualien pada pukul 4.40 pagi waktu tempatan Sabtu.

Menurut jurucakap Biro Cuaca Pusat, taufan ini bergerak ke barat daya dengan membawa hujan lebat dan angin kencang ke seluruh pulau walaupun semakin perlahan secara berperingkat.

Sementara itu, bandar Tatung di timur Yilan paling teruk dilanda hujan pada kadar lebih satu meter sejak Khamis.

Angin kencang yang bertiup di Suao bertiup selaju 237 kilometer sejam.

Soudelor , Taiwan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain