suria

AS Tambah Tentera Perangi IS

WASHINGTON: Bilangan anggota tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq kini bertambah sekali ganda apabila pentadbiran kuasa besar dunia itu meluluskan penghantaran sehingga 1,500 lagi askarnya.


Presiden Barack Obama meluluskan penghantaran anggota pasukan keselamatan itu bagi menasihat dan melatih tentera Iraq dalam pertempuran dengan kumpulan militan Negara Islam (IS).

Keputusan Obama itu juga memperluaskan skop kempen Washington dan geografi tentera AS dengan sebahagian daripada mereka akan terus ke Anbar, wilayah di barat Iraq yang menyaksikan pertempuran hebat, untuk bertindak sebagai penasihat.

Rumah Putih menyatakan ia akan meminta Kongres peruntukan sejumlah AS$1.6 bilion untuk dana melatih dan memperlengkapkan Iraq yang baharu.

Peruntukan itu adalah sebahagian daripada permohonan perbelanjaan tambahan bernilai AS$5.6 bilion sebelum ini. 

Obama, tentera, AS, IS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain