Sekurang-Kurangnya 150 Mati, Berpuluh Cedera Gempa Bumi Di China - Dunia | mStar

Sekurang-Kurangnya 150 Mati, Berpuluh Cedera Gempa Bumi Di China

Sebahagian daripada kesan gempa bumi di wilayah Yunnan, barat daya China, Ahad.

BEIJING: Sekurang-kurangnya 150 orang terkorban dan berpuluh-puluh cedera apabila gempa bumi kuat melanda kawasan pergunungan di wilayah Yunnan, barat daya China,  Ahad, kata media kerajaan.

"Sekurang-kurangnya 150 terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera selepas gempa bumi pada 6.5 skala Richter melanda," agensi berita rasmi Xinhua melaporkan.

Gempa bumi itu meruntuhkan bangunan, menyebabkan penduduk yang dalam keadaan panik mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan, berdasarkan imej yang disebar di media sosial.

Kawasan kedaiaman dan struktur bangunan lama terutamanya terjejas, menurut laporan Xinhua.

"Terlalu banyak bangunan telah rosak dan kami mengumpul data mengenai kematian dan kecederaan," seorang pegawai tempatan dipetik sebagai berkata.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) telah memberi amaran bahawa "keseluruhan penduduk di rantau ini berada dalam struktur yang sangat terdedah kepada gegaran gempa bumi".

USGS melaporkan gempa bumi pada magnitud 6.1 dan berkata ia melanda 11 kilometer (tujuh batu) di barat laut bandar Wenping pada kedalaman yang agak cetek, 10 kilometer, jam 4.30 petang (0830 GMT).

Media kerajaan China meletakkan ukuran magnitud 6.5, memetik Pusat Rangkaian Gempa Bumi China.

Televisyen negara melaporkan bahawa anggota bomba telah bergegas ke pusat gempa.

Pada tahun 1974, gempa bumi berukuran 6.8 skala Richter di kawasan yang sama telah membunuh lebih 1,500 orang.

Pada September 2012, 80 orang terbunuh apabila gempa bumi berkembar melanda kawasan sempadan pergunungan Yunnan dan Guizhou.

Pada Mei 2008, gempa bumi 8.0 skala Richter menggegarkan Sichuan, yang terletak di sebelah Yunnan, membunuh puluhan ribu rakyat.
gempa bumi , China

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain